Friday 11 November 2011

Pesanan isteri azimat emas Hafiz (11/11/2011)

PESANAN terakhir isterinya sebelum berlepas ke Jakarta menjadi azimat buat Mohd Hafiz Mahari untuk membawa pulang pingat emas di temasya Sukan Sea kali ini.
Isterinya, Nora Safia, 24, melahirkan cahaya mata sulung pasangan itu, bayi perempuan bernama Nor Balqis Batrisya empat bulan lalu.

“Isteri berpesan supaya saya bawa pulang pingat emas sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu,” kata Hafiz, yang bertanding dalam Kelas A (45 hingga 50 kilogram).
Pesilat berasal dari Kemaman, Terengganu itu bersaing buat kali kedua pada temasya Sukan Sea selepas Laos dua tahun lalu.

Lantas, Hafiz yang mula mewakili negara pada temasya Sukan Pantai Asean di Bali tiga tahun lalu, berazam untuk pulang dengan rekod mengagumkan dua emas daripada dua temasya.

Cuma, seperti atlet lain dalam acara sukan subjektif, Hafiz tetap bimbangkan keputusan wasit yang mungkin menyebelahi lawannya terutama pesilat tuan rumah.

“Saya memang bimbang mengenai keputusan wasit. Apapun, saya akan gunakan pengalaman selama ini untuk memastikan pingat emas buat kontinjen negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment