Tuesday 22 November 2011

Janji kosong takraw (23/11/2011)

JIKA mahu membicarakan rasa kecewa dan kegagalan pastinya sepak takraw menduduki carta pertama kerana gagal mengakhiri kemarau pingat emas yang kali terakhir dimenangi pada 2005, di Manila, Filipina.
Selepas janji demi janji dihambur Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail untuk merampas emas dari Thailand, sasaran emas tunggal oleh persatuan itu di temasya kali ini juga menemui kebuntuan.

Apa tidaknya harapan besar yang disandar ke atas regu berpengalaman Muhammad Shazwan Husin, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam yang pernah beraksi di Sukan Asia Guangzhou dan Sukan Sea yang lalu langsung tidak membuahkan hasil apabila sekadar menang gangsa dalam acara regu dan berpasukan.
Lebih buruk lagi pasukan yang kini mendapat khidmat dua jurulatih Thailand Prawet Intra dan Tawit Wongkluen untuk membantu ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan mengalami kekalahan kepada regu dan pasukan Indonesia.

Gimnastik juga kehilangan satu emas sebelum bertolak ke Palembang lagi selepas atlet gimrama, Lee Wan Nin mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Bukit Jalil gagal menepati sasaran membawa pulang dua emas yang disandarkan kepada skuad artistitik lelaki dan wanita.

Malah Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meluahkan rasa kecewa selepas gimnas artistik negara yang menjalani latihan di China gagal menghadiahkan pingat emas apabila sekadar membawa pulang dua perak menerusi Farah Ann Abdul Hadi dan Nur Eli Ellina Azmi.
Selain Nur Suryani Mohamed Taibi yang menang dua emas, penembak elit seperti Hasli Izwan Amir Hasan dan Bibiana Ng cukup mengecewakan.

Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) harus mengkaji semula pemilihan atlet untuk dihantar ke mana-mana kejohanan.
Begitupun atlet pelapis mula menunjukkan peningkatan dan lebih baik peluang ke Sukan Sea diberi kepada mereka.

No comments:

Post a Comment