Tuesday 22 November 2011

Pemanah gagal tepati sasaran (23/11/2011)

EMPAT emas menjadi sasaran Majlis Sukan Negara dalam sukan memanah dengan setiap satu daripada acara recurve individu dan berpasukan lelaki, compound individu lelaki dan compound berpasukan wanita.
Namun hanya dua emas mampu dihasilkan menerusi Cheng Chu Sian (recurve individu lelaki) dan Chu Sian-Khairul Anuar Mohamad-Haziq Kamaruddin) dalam acara recurve berpasukan lelaki.

Compound individu lelaki tidak menepati sasaran itu dengan Zaki Mahazan sekadar berbangga dengan pingat gangsa.
Compound berpasukan wanita pula sekadar pingat perak, begitu juga Khairul Anuar (recurve individu lelaki), compound berpasukan lelaki, compound berpasukan campuran dan recurve berpasukan campuran.

Jika menang empat emas, skuad memanah negara boleh mengungguli saingan sebagai juara keseluruhan sukan itu kali ini namun semuanya tidak menjadi seperti diharapkan.

Kekuatan mental, sesuatu yang amat diperlukan dalam mana-mana sukan, kelihatan menjadi penghalang kejayaan besar skuad memanah negara.
Sekalipun sudah layak ke Sukan Olimpik London 2012, pemanah negara Nurul Syafiqah Hashim nyata gagal mengulangi persembahannya pada Kejohanan Asia di Teheran bulan lalu.

Malaysia mungkin mampu menambah emas dalam acara recurve berpasukan campuran apabila Nurul Syafiqah bergandingan dengan Chu Sian namun atlet berusia 17 tahun itu menggigil pada saat genting sekali gus melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya menyebabkan skuad negara kempunan emas dalam acara yang baru diperkenalkan itu.

No comments:

Post a Comment