Wednesday 23 November 2011

Inter Milan ungguli Kumpulan B (24.11.2011)

TRABZON (Turki): Inter Milan mengesahkan tempat teratas Kumpulan B selepas seri 1-1 dengan wakil Turki, Trabzonspor pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
Juara edisi 2010 itu sudah layak ke saingan kalah mati selepas Lille menewaskan CSKA Moscow, 2-0 di Moscow tapi keputusan seri bermakna, kedudukan mereka di tangga teratas tidak dapat dicabar pasukan lain kerana selesa dengan kelebihan empat mata berbanding Trabzonspor di tempat kedua.

Trabzonspor akan berkunjung ke Lille pada perlawanan terakhir dengan wakil Perancis itu seperti CSKA Moscow hanya ketinggalan satu mata di belakang kelab Turki itu dalam perebutan ke saingan kalah mati.
Jurulatih Inter, Claudio Ranieri berkata, pencapaian Inter satu kejayaan besar.

“Anda harus ingat kedudukan asal kami. Pasukan ini tewas kepada Trabzonspor pada perlawanan pertama di San Siro.

“Saya bangga kerana pemain mempamerkan prestasi cemerlang dan memikul tugas dengan baik.” - AFP

No comments:

Post a Comment