Wednesday 23 November 2011

Jepun jinak Bahrain, teraju kumpulan kelayakan (24/11/2011)

MANAMA: Jepun menewaskan Bahrain, 2-0 untuk menerajui Kumpulan C pusingan ketiga kelayakan Asia bagi saingan Sukan Olimpik London, tahun depan.
Jepun naik ke tangga teratas kumpulan hasil kemenangan kedua itu sekali gus selesa dengan pungutan enam mata penuh.

Syria di tempat kedua dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Bahrain bulan lalu manakala Malaysia yang tewas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pertama, di tempat ketiga dan Bahrain keempat dengan kedua-dua pasukan itu masih gagal memungut sebarang mata.
Tiga kumpulan yang masing-masing dihuni empat pasukan akan beraksi di halaman sendiri serta tempat lawan pada perlawanan pusingan ketiga dengan pemenang setiap kumpulan layak beraksi di Sukan Olimpik.

Pasukan yang menduduki tempat kedua setiap kumpulan akan beraksi pada saingan round-robin dengan pemenang bertemu wakil dari benua Afrika. Jepun di depan seminit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Yuki Otsu yang menerima hantaran silang Takahiro Ogihara sekali gus menewaskan penjaga gol Bahrain, Salem Abdulla.

Pemain tengah, Keigo Higashi (gambar) meledakkan gol kedua pada minit ke-67 menewaskan Abdulla sekali lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment