Saturday, 12 November 2011

Impian Norshahreil tidak kesampaian (13/11/2011)

KEJUTAN yang diharapkan dalam acara basikal downhill Sukan Sea Indonesia, semalam tidak kesampaian apabila Nor shahreil Haizat Ahmad Nazali sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh.
Pada perlumbaan di Gunung Panchar, seorang lagi peserta negara Mohd Fareez Borhanudin menduduki tangga kesembilan pada penampilan pertamanya di temasya ini.

Norhshahreil yang akan menyertai acara merentas desa, hari ini mencatat masa dua minit 57.521 saat manakala Mohd Fareez pula merekodkan masa 3:03.193s.
Atlet Indonesia, Purnomo meraih emas dengan masa 2:31.451s, mengatasi Joey Barba dari Filipina dan Janupeng Tanaphon, Thailand.

No comments:

Post a Comment