Saturday, 12 November 2011

Dayang ganti Esther (13/11/2011)

SKUAD tenpin bowling negara mengambil pendekatan berhati-hati meskipun Esther Cheah semakin pulih daripada kecederaan buku lali apabila atlet simpanan Dayang Khairunisa Dhiyana Abang Jamalidon akan diterbangkan ke Jakarta hari ini.
Pengurus pasukan negara, Cheah Ban Cheng berkata, Esther yang mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika turun dari bas Rabu lalu masih menjadi pertaruhan terbaik namun Dayang Khairunisa tetap dipanggil jika situasi amat memerlukan.

“Kecederaan Esther semakin pulih tapi kami tidak boleh mengesahkan lagi sama ada dia akan beraksi. Dayang Khairunisa yang berusia 20 tahun dipanggil sebagai pengganti jika Esther belum sembuh sepenuhnya,” kata Cheah.


No comments:

Post a Comment