Sunday 13 November 2011

Hasli salahkan lampu (14/11/2011)

“HAMPA sekali lagi,” kata penembak negara, Hasli Izwn Amir Hasan apabila sekadar merangkul perak dalam acara 25m Rapid Fire pistol lelaki pada temasya Sukan Sea ke-26 di Indonesia, semalam.
Masalah teknikal pada tembakan terakhir antara punca utama kegagalan Hasli menghadiahkan pingat emas buat negara apabila hanya dua tembakkannya dari lima mengenai sasaran.

“Jika tidak terganggu dengan masalah lampu pada sasaran tidak menyala, mungkin prestasi saya akan lebih baik kerana saya yakin saya boleh mengejar lawan.
“Dalam menembak, bila fokus sudah jatuh, untuk naik kembali ke prestasi asal memang susah. Ia pasti menganggu tumpuan kita.

“Lagi pula pada ketika itu prestasi saya memang konsisten dan sedang mengejar penembat Vietnam. Apapun inilah yang termampu saya lakukan dan itulah yang terbaik,” katanya yang gagal memperbaki pencapaian di Loas apabila turut membawa pulang perak dalam acara yang sama.

Hasil mengumpul 27 mata ketinggalan dua mata kepada penembak Vietnam, Ha Minh Thanh yang meraih 29 mata untuk emas manakala gangsa milik penembak Thailand, Kulchairattana Vorapol, 18 mata.

Lapang sasar Jakabaring menyaksikan satu lagi pingat perak disumbangkan Muhammad Shahril Sahak dalam acara 50m Rifle Prone.

Emas dalam acara 50m Rifle Prone dimenangi penembak Vietnam, Vu Thanh Hung dan gangsa milik Uea Aree Attapon dari Thailand.

Dalam acara wanita, kedua-dua wakil negara Joseline Cheah dan Bibiana Ng gagal menyumbangkan sebarang pingat apabila menduduki tempat keempat dan kelapan.

No comments:

Post a Comment