Sunday, 13 November 2011

Untukmu Subra! (14/11/2011)

LO CHOON SIENG memastikan emas 20km jalan kaki terus menjadi milik kontinjen negara ketika Teoh Boon Lim gagal mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu.
Anak bongsu daripada lima beradik kelahiran Melaka berusia 26 tahun itu terlalu gembira dengan kemenangan pertama di temasya Sukan Sea berazam untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan.

“Saya terlalu gembira ke rana dapat menebus kegagalan di Laos dua tahun lalu selepas dibatalkan. Pengorbanan dan keazaman saya jelas berbaloi,”katanya.
Kemenangan itu didedikasikan kepada jurulatihnya , V Subramaniam yang juga pemenang lima pingat emas Sukan Sea.

“Kejayaan ini khas saya tujukan kepada jurulatih serta kedua ibubapa tidak pernah membantah hasrat saya untuk menjadi atlet sepenuh masa,” katanya.

“Saya ada impian untuk membeli kereta tapi bukan sekarang kerana impian besar saya mahu ke Olimpik tahun depan.

“Malah saya dapati prestasi saya makin meningkat apabila tidak pernah tewas kepada Boon Leong sepanjang tahun ini, yang menjadi pencabar terkuat di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Anak kepada pemilik kebun kelapa sawit di Melaka, Lo Eng Sieng itu mencatat masa 1:32.34s menewaskan atlet Indonesia, Hendro Yap Kiem Lung dan Nguyen Thanh Ngung dari Vietnam.

Pelumba veteran negara, Boon Lim pula sekadar di tempat keempat 1:37.05s.

Sementara itu, jaguh 110m berpagar, Rayzamsyah Wan Sofian sekadar membawa pulang pingat perak.

Hasrat pelari dari Sabah untuk mengulangi kejayaan 2007 apabila merangkul emas tidak kesampaian apa tewas 0.09s kepada pelari Thailand, Jamras Rittidet.

Dia mencatat 13.89s, manakala masa 13.77s memastikan Jamras memadamkan rekod lamanya 13.89s yang dilakarkan di Laos.

Seorang lagi atlet negara, Robani Hassan ketiga 14.14s.

Rekod kebangsaan lontar peluru turut dipecahkan Adi Alifuddin Hussin.

Adi bagaimana sekadar membawa pulang perak dengan lontaran 17.53 tewas kepada atlet Thailand, Chatchawal Polyiam.

No comments:

Post a Comment