Sunday 13 November 2011

Juri tak adil (14/11/2011)

“SAYA amat kecewa, kemenangan saya seperti dirampas, jelas atlet taekwondo negara, Mohd Afifuddin Omar Sidek selepas tersingkir di peringkat separuh akhir acara bawah 68 kilogram di tangan peserta Laos, Thammavong Phouthasone.
Atlet berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya menjadi mangsa pengadilan berat sebelah apabila tumpas kiraan 3-2 meskipun sudah mendahului 2-0 pada pertarungan di Pusat Sukan POPKI di Cibubur.

“Saya memang mensasarkan pingat emas tahun ini, saya memang boleh menang tadi tapi kenapa pengadil tidak memberikan mata selepas melakukan tendangan kepada pihak lawan? Kekalahan itu menyebabkan Afiffudin terpaksa akur dengan pingat gangsa ketiga di Sukan Sea selepas tampil di Manila 2005 dan Laos 2009.
Meskipun kecewa dengan kerana gagal melunaskan impian meraih emas sebagai hadiah perkahwinannya dengan Norhidayah Yusuf bulan depan namun semangat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu belum luntur.

“Saya tak tahu kenapa selalu tidak bernasib baik di Sukan Sea, tapi saya akan terus mencuba, tidak kira sama ada lima atau 10 tahun lagi. Selepas ini fokus saya adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London tahun depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment