Wednesday 23 November 2011

Faktor keletihan bantu skuad Syria (24.11.2011)

KETUA jurulatih skuad Olimpik Syria, Immad Eddin Khankan mengakui faktor keletihan kem skuad negara membantu anak buahnya melakar kemenangan 2-0 pada aksi kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Skuad negara yang dibimbing Ong Kim Swee nyata tidak dapat melakukan persiapan rapi menjelang perlawanan itu selepas baru saja mengerah kudrat menentang Indonesia pada final Sukan Sea, Isnin lalu dan hanya pulang kelmarin.

“Kami faham skuad Malaysia baru saja mengharungi perlawanan sukar menentang Indonesia.baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak membantu kami melakar kemenangan.
“Apapun, perlawanan tadi tetap sengit dengan Malaysia menyukarkan kami untuk menjaringkan gol, terutama pada separuh masa pertama,” katanya.

Immad berkata, hanya pada separuh masa kedua, beliau mengarahkan anak buahnya untuk melipatgandakan serangan, terutama pada bahagian sayap.

“Pada separuh masa pertama, kami tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada Malaysia. Tapi bila memasuki babak kedua, saya mengarahkan pemain terus melakukan tekanan dan hasilnya strategi kami berjaya,” katanya.
Apapun, beliau secara peribadi memuji beberapa pemain negara termasuk pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan itu.

No comments:

Post a Comment