Wednesday 9 November 2011

F1M hidang hadiah lumayan (10/11/2011)

PASUKAN futsal amatur tempatan dijemput menyertai Kejohanan Futsal 1 Malaysia (F1M) dan merebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM68,600.
Saingan dua hari bermula 19 November ini dianjur Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama akhbar nombor satu negara, Harian Metro.

Kejohanan yang turut menjadikan jenama Figos sebagai bola rasmi itu akan diadili pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Fazulia Zulkifli berkata, saingan yang berlangsung di Kompleks Futsal 1 Malaysia, Presint 18, Putrajaya itu akan diadakan di gelanggang terbuka (Hard Court).

“Tiga kategori akan dipertandingkan, Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 18 Tahun. Namun kejohanan hanya terbuka kepada warga negara Malaysia saja.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November ini dan pasukan yang berminat diminta menghantar borang dengan kadar segera bagi mengelak sebarang masalah kerana kami mengenakan syarat ketat dan berhak membatalkan penyertaan sekiranya ada yang tidak mematuhi peraturan,” katanya.

Meskipun kejohanan dianjurkan percuma tanpa sebarang bayaran, setiap pasukan perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM50 dan akan dikembalikan semula sekiranya hadir pada hari saingan.

Juara Terbuka Lelaki akan membawa pulang wang tunai RM20,000, piala dan medal, kedua (RM10,000), ketiga (RM6,000), keempat (RM4,000) dan kelima hingga kelapan, RM 1,000. Bagi Terbuka Wanita, juara akan menerima RM5,000, piala dan medal, kedua (RM2,500), ketiga (RM1,500), keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan, RM500. Kategori Lelaki Bawah 18 pula menyaksikan juara memenangi RM5,000, piala dan medal, kedua (RM2,500), ketiga (RM1,500), keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan RM500.

Pasukan yang menduduki tempat kedua hingga kelapan setiap kategori turut menerima medal.

Borang penyertaan berserta syarat penyertaan boleh didapati di laman web KBS, www.kbs.gov.my atau maklumat lanjut, hubungi Mohd Zalia Ismail di talian 019-9444334/ 012-9743347 atau Nik Muhd Radzi Mohamed Nor, 019-3519934/ 019-2102442.

No comments:

Post a Comment