Wednesday 9 November 2011

Misi penting Rajagobal (10/11/2011)

SELAIN mengharapkan keputusan terbaik pada dua aksi persahabatan menentang India pada 13 dan 16 November ini, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal turut mempunyai satu lagi misi penting di bumi India iaitu memilih kelompok pemain terbaik untuk diserapkan ke dalam skuad negara bagi menghadapi cabaran tahun depan.
Aksi di India akan menentukan nasib 24 pemain skuad negara kerana Rajagobal hanya mahukan yang terbaik daripada mereka dengan meletakkan beberapa kriteria yang ketat sebelum dipilih untuk disenaraikan ke dalam perancangannya pada masa depan.

“Saya akan lihat prestasi setiap pemain dalam dua perlawanan persahabatan itu dan selepas itu baru saya boleh buat keputusan sama ada mengekalkan mereka ataupun tidak.
“Saya mahu pemain yang berkualiti serta karakter yang bagus dan mampu menangani tekanan dengan tenang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan, kelmarin.

Menurut Rajagobal, kunjungan skuad negara di Guwahati (13 November) dan Kolkata (16 November) tidak disertai pemain tengah, Mohd Ashari Samsudin kerana anak pemain Terengganu itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali yang ketika ini bersama skuad Pelita Jaya di Indonesia akan turut bersama skuad negara dengan mengambil penerbangan terus ke India.

Mengulas perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan kelmarin, Rajagobal puas hati aksi anak buahnya meskipun bermula agak hambar pada babak pertama.

“Saya faham tempo permainan mereka agak perlahan kerana baru melepasi saingan Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment