Wednesday 9 November 2011

Bisa Ngomong: Petugas ringan tulang (10/11/2011)

SALAM Palembang dari saya. Buat pertama kalinya saya diberi peluang untuk membuat liputan Sukan Sea sememangnya perasaan saya begitu teruja.
Biarpun laporan media melaporkan banyak venue utama masih belum siap dan kenyataan itu adalah benar ia langsung tidak mematahkan semangat kerana semuanya sudah dijangka. 
Yang penting tugas terus memburu berita dan memaklumkan kejayaan atlet kita di sini kepada rakyat Malaysia perlu diutamakan biarpun tidak selesa.

Sebagai wartawan kami dinasihatkan tidak meletakkan harapan tinggi dan selalu memikirkan perkara yang paling teruk agar kami sentiasa bersedia.

Namun segala urusan tampak lebih mudah apabila sering dibantu sukarelawan yang sentiasa dan tidak putus-putus memberi bantuan.

Dikhabarkan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan pekerja-pekerja awam tidak dimaklumkan mengenai bayaran yang akan diterima sehinggalah hari ini namun semangat satu rumpun tetap diutamakan dan sentiasa menghulurkan bantuan setiap kali wartawan di sini berdepan masalah.

Biarpun Palembang, negara di Sumatera Selatan Indonesia ini tidak mempunyai kepadatan penduduknya seperti Jakarta saya harap, kemeriahan penganjuran sukan terbesar Asia Tenggara akan tetap dirasainya.

Ayuh! Atlet Malaysia, kita gegarkan Indonesia.

No comments:

Post a Comment