Wednesday 9 November 2011

Utama semangat Asean (10/11/2011)

KEBIASAANNYA, upacara menaikkan bendera kontinjen negara bertanding pada temasya Sukan Sea diadakan di Perkampungan Sukan.
Namun selepas tuan rumah b temasya ke-26, Indonesia tidak menyediakan Perkampungan Sukan untuk menempatkan atlet bertanding di ibu kota ini, upacara menaikkan bendera kontinjen diadakan di perkarangan Pejabat Gabenor Jakarta.

Pada acara yang berlangsung petang semalam, kontinjen Malaysia yang diwakili 38 anggota, majoritinya atlet skuad silat serta anggota sekretariat yang diketuai ketua kontinjen negara Datuk Naim Mohamad, hadir menyaksikan Jalur Gemilang dinaikkan.
Timbalan Gabenor Jakarta bagi Budaya dan Pelancongan, Sukesti Martono ketika berucap pada upacara itu mahu negara bertanding pada temasya itu mengutamakan semangat kesukanan demi kesetiaan semangat Asean.


No comments:

Post a Comment