Wednesday 9 November 2011

Kim Swee lega (10/11/2011)

JURULATIH skuad negara, Ong Kim Swee menunjukkan wajah lega apabila anak didiknya bangkit daripada aksi hambar ketika menentang Singapura dengan persembahan lebih bertenaga untuk menewaskan juara 13 kali Thailand, 2-1 semalam.
Tiga mata daripada perlawanan kedua ini amat penting buat skuad kendalian Kim Swee untuk meneruskan kempen mempertahankan pingat emas selepas sekadar seri 0-0 di tangan Singapura pada aksi pembukaan.

“Ini perlawanan sukar tapi kami berjaya mencipta banyak peluang dan tampil dengan permainan lebih baik ketika menentang Thailand.
“Apabila Thailand beraksi dengan 10 pemain, saya membuat keputusan untuk memasukkan Izzaq dan Ahmad Fakri Saarani bagi memantapkan serangan, ternyata strategi itu berhasil,” katanya selepas tamat perlawanan. Tambahnya kegagalan pemain menyempurnakan banyak peluang menyebabkan mereka berdepan situasi getir pada babak kedua.

“Kami sepatutnya menjaringkan dua atau tiga gol pada babak pertama. Walaupun Thailand menyamakan kedudukan pemain saya menunjukkan karektor sebenar untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Empat muka baru tampil dalam kesebelasan utama kali ini apabila Kim Swee merombak barisan pemain ketika seri 0-0 menentang Singapura.

No comments:

Post a Comment