Friday 11 November 2011

Bantah rancangan pemilik Magpies (12/11/2011)

NEWCASTLE: Penyokong Newcastle berang selepas pengurusan atasan kelab itu mengumumkan untuk menukar nama St James Park bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan untuk bersaing dengan kelab atasan Liga Perdana Inggeris.
Skuad Magpies bertekad untuk mengikut jejak langkah pasukan seperti Arsenal dan Manchester City apabila kedua-dua kelab itu menukar nama asal stadium mereka beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, hasrat pemilik Newcastle, Mike Ashley untuk menukar nama salah satu daripada stadium terkenal di saingan Liga Perdana Inggeris yang digunakan sejak 1886 itu mencetuskan bantahan ramai. Kelab Penyokong Newcastle United berkata, keputusan menukar nama St James kepada Sports Direct Arena membuktikan kesangsian peminat terhadap Ashley berasas meskipun Newcastle berjaya menduduki kelompok atasan liga.
“Keputusan menukar nama stadium kepada Sports Direct Arena mengesahkan kesangsian kami terhadap ketelusannya,” kata kenyataan dibuat kelab penyokong. - AFP

No comments:

Post a Comment