Friday 11 November 2011

Brazil tumpaskan Gabon pada perasmian Stade de l’Amitie (12/11/2011)

LIBREVILLE (Gabon): Tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil menumpaskan Gabon, 2-0 selepas tuan rumah merasmikan stadium baru mereka, Stade de l’Amitie, semalam.
Stadium nasional Gabon yang baru itu akan digunakan untuk perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika 2012 yang akan dianjurkan bersama Equatorial Guinea bermula 12 Februari tahun depan.

Gabon mengejutkan bekas juara dunia itu apabila berjaya mencipta beberapa peluang menjaringkan gol tetapi gagal menggunakan peluang itu sebaik-baiknya selepas ketinggalan dua gol pada babak pertama hasil jaringan Sandro dan Hernanes.
Sandro, pemain tengah Tottenham, memastikan skuad kendalian Mano Menezes di depan pada minit ke-12 sementara pemain tengah Lazio, Hernanes menambah gol kedua 10 minit sebelum rehat. Brazil akan beraksi dalam perlawanan persahabatan kedua menentang Mesir di Doha, Qatar, Isnin ini. - AFP

No comments:

Post a Comment