Tuesday 22 November 2011

Badminton mengecewakan (23/11/2011)

DUA tahun lalu di Laos, skuad badminton negara berjaya membawa pulang dua pingat emas menerusi acara berpasukan wanita dan beregu wanita, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.
Namun kali ini, dengan menampilkan pemain muda skuad pelapis, Malaysia gagal mencabar dan sekadar berjaya meraih satu perak dan dua gangsa.

Perak diraih pasukan lelaki negara yang tumpas 1-3 di tangan Indonesia pada perlawanan akhir manakala gangsa dimiliki pasukan wanita dan pasangan Goh Wei Shem-Lim Khim Wah.
Secara dasarnya, mereka memang tidak dijangka mampu mencabar kuasa utama Asia Tenggara, Indonesia dalam bahagian lelaki dan Thailand bagi acara wanita.

Namun, sekurang-kurangnya penyertaan kali ini memberikan mereka pendedahan berguna pengalaman bersaing di peringkat serantau yang mungkin tidak pernah dirasai sebahagian besar pemain skuad negara.

Kejayaan Wei Shem-Khim Wah menundukkan beregu utama Indonesia ketika ini, Bona Septano-Mohammad Ahsan pada perlawanan akhir acara berpasukan patut diberi pujian kerana mereka menampilkan persembahan menakjubkan mengalahkan lawan di gelanggang sendiri dengan berdepan cemuhan dan ejekan penonton tempatan.
Skuad wanita mungkin tidak mampu mencabar dengan ketiadaan Wong Mew Choo yang sudah bersara dan pasangan Eei Hui-Pei Tty.

No comments:

Post a Comment