Tuesday 22 November 2011

Penerjun negara di tahap berbeza (23/11/2011)

SUMBANGAN tujuh daripada lapan emas yang ditawarkan di temasya kali ini menjadi bukti penerjun negara berada di tahap berbeza berbanding pesaing rantau ini meskipun satu lagi pingat terpaksa dihadiahkan kepada tuan rumah Indonesia yang menyaksikan penerjun negara tidak mengambil bahagian dalam 10m platfom seirama.
Tiga penerjun yang sudah layak ke Olimpik Pandelela Rinong, Bryan Nickson Lomas dan Yeoh Ken Nee menepati status dengan memberi persembahan terbaik dengan terjunan bertaraf dunia.

Mereka menyumbang empat daripada tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa yang dimenangi skuad kali ini sekali gus memperbaiki pencapaian di Laos dua tahun lalu enam emas, satu perak dan dua gangsa.
Pencapaian itu juga mengatasi penampilan di Korat, Thailand empat tahun sebelumnya Meskipun tiga atlet ini menyumbang empat emas, tiga lagi bukan dihadiahkan atlet muda semata-mata kerana penerjun wanita senior negara Leoong Mun Yee menyumbang dua emas dalam acara 3m papan anjal dan 10m platform seirama.

Menurut Ken Nee yang mengumumkan persaraan selepas Sukan Olimpik 2012, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) perlu memberi lebih perhatian kepada pelapis kerana jurang antara pelapis dan elit terlalu besar.

“Dalam sukan sebegini, atlet perlu mendapat pendedahan di usia lebih muda. Jika lambat mereka tidak dapat menyaingi bukan hanya atlet dunia malah atlet di peringkat serantau,” kata Ken Nee yang kali pertama mewakili negara pada usia 10 tahun dan mewakili negara di Sukan Sea pada usia 12 tahun (1995).
Penerjun seperti Ahmad Amsyar Azman, 19, Ng Yan Yee (18) dan Ooi Tze Liang (18) baru kali pertama beraksi di Sukan Sea turut mempamerkan terjunan yang baik namun kepercayaan seharusnya diberi kepada mereka bertanding tanpa ditemani penerjun elit kerana lebih banyak pendedahan lebih tinggi keyakinan seseorang atlet itu.

Malah muka-muka ini juga yang akan diharapkan di temasya akan datang dua tahun lagi di Myanmar meskipun Bryan dan Pandelela masih ada masa untuk bersama negara kerana kedua-duanya masih muda.

No comments:

Post a Comment