Tuesday 22 November 2011

Atlet olahraga ceria (23/11/2011)

SKUAD olaharaga pulang dengan enam emas sekali gus mencapai sasaran ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan melepasi sasaran Majlis Olimpik Malaysia (MSN) pada temasya Sukan Sea ke-26 Indonesia.
KOM seharusnya berterima kasih kepada atlet senior yang pernah dikecam hebat oleh mereka kerana kelantangan menyuarakan pandangan.

Tanpa atlet seperti Noraseela Khalid, Roslinda Samsu, Lee Hup Wei, Tan Song Hwa, KOM pasti akan mengenang Sukan Sea ke-26 ini sebagai pencapaian terburuk.
Maruah KOM bagaimanapun sebenarnya diselamatkan kuartet buangan mereka sendiri iaitu 4x400m yang digugurkan secara mengejut sebelum disenaraikan semula.

KOM perlu mengaku mereka sebenarnya masih menyandarkan harapan kepada atlet senior dan sekiranya dua tahun lagi, atlet- senior tidak lagi bertanding, kepada siapa lagi dipertaruhkan.

Sementara itu persengketaan antara KOM dan MSN belum ada jalan penyelesaian malah Menteri Belia dan Sukan Datuk Shahbery Cheek sendiri tidak mampu untuk menjadi orang tengah mendamaikan kedua-dua belah pihak.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dalam sidang media yang ditemui di Palembang menegaskan, dia sudah berulang kali bersedia untuk mengambil alih sukan itu kerana sedar potensi atlet olahraga negara.

Bagaimanapun masalah MSN dengan KOM menyekat segala perancangan kerana apa saja rancangan diatur tidak akan dipersetujui KOM.

No comments:

Post a Comment