Tuesday 22 November 2011

Fatehah terajui misi kuasai acara berbasikal (23/11/2011)

KEJAYAAN skuad berbasikal trek negara membolot tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa bukan sesuatu yang mengejutkan biarpun menurunkan ramai pelumba pelapis pada Sukan Sea Indonesia.
Sasaran lima emas ditetapkan MSN berjaya dilepasi dengan mudah biarpun cuba ditentang peserta tuan rumah, Thailand dan Filipina.

Ratu basikal trek negara, Fatehah Mustapa (gambar) yang tiba ke Jakarta dari pangkalan skuad elit di Melbourne terlalu unggul apabila merangkul tiga emas menerusi acara 500m ujian masa individu, pecut dan pecut berpasukan ketika bergandingan dengan Ju Pha Som Net.
Fatehah yang menduduki tempat kelima Kejohanan Dunia di Belanda Mac lalu sepatutnya boleh menambah satu lagi koleksi emas jika tidak kerana tayar pancit ketika beraksi dalam acara Scratch.

Pelumba yang disenaraikan pada saat akhir, Mohd Harrif Saleh turut mencuri tumpuan dengan menyumbang dua emas, 10km Scratch dan 4000m kejar mengejar berpasukan.

No comments:

Post a Comment