Wednesday 23 November 2011

Ajax layak kalah mati (24.11.2011)

LYON: Ajax Amsterdam layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas seri 0-0 dengan Olympique Lyon, semalam.
Ajax kini berada di tangga kedua Kumpulan D dengan lapan mata, tiga mata di depan kelab Perancis itu dalam saingan yang memasuki pusingan akhir kumpulan . Mereka pernah bertemu dalam perlawanan sebelum ini, tetapi wakil dari Belanda itu mencatat jurang jaringan terlalu jauh.

Bekas juara Eropah, Ajax hanya perlukan satu mata saja lagi di laman sendiri menentang juara kumpulan, Real Madrid untuk ke pusingan 16.
Lyon pula perlu meraih kemenangan besar untuk mengukuhkan kedudukannya apabila bertemu Dinamo Zagreb nanti, selain meletakkan harapan Ajax akan kecundang.

Kedua-dua pasukan itu mensia-siakan peluang untuk meraih kemenangan dengan Lyon lambat bertindak apabila tendangan Yoann Gourcuff terkena palang. - Reuters

No comments:

Post a Comment