Wednesday 23 November 2011

Fergie kekal optimis (24.11.2011)

MANCHESTER: Meskipun tampil hambar, Sir Alex Ferguson optimis kemampuan anak buahnya bangkit berdepan pasukan elit Eropah di pusingan kalah mati.
Buat kali kedua musim ini, pasukan gergasi EPL itu mendahului di Old Trafford tapi akhirnya seri 2-2 dengan Benfica mengikat untuk mengungguli kedudukan Kumpulan C.

Untuk layak ke pusingan kalah mati, United perlu memastikan kemenangan di perlawanan akhir peringkat kumpulan di FC Basel, bulan depan.
Bagaimanapun selepas gagal mengutip mata bertemu Benfica, United kini berdepan situasi bakal berdepan Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich atau Inter Milan untuk berada dalam Kumpulan 16.

Ferguson tidak melatah, sebaliknya yakin anak buahnya mampu meraih kemenangan menentang mana-mana pasukan pilihan di pusingan penentuan itu nanti.

“Tamat di tangga kedua pastinya sukar buat pasukan, tetapi jika dilihat dari sudut lain, mungkin tuah di perlawanan lebih besar bakal memihak kepada United.
“Kami mungkin meraih peluang ketika berdepan Inter, Barcelona, Real Madris atau Bayern Munich.

“Kita perlu lihat dari perspektif berbeza, iaitu apabila pasukan layak ke separuh akhir atau final maka itu adalah pencapaian yang hebat kerana kemenangan mungkin berpihak kepada anda. Lawan turut mempunyai pendapat sama,” kata Ferguson.
Ferguson sedar pihaknya perlu melepasi pusingan kalah mati ini untuk mara lebih jauh.

Selepas Phil Jones menjaringkan gol sendiri, United bangkit untuk mendahului 2-1 menerusi jaringan Dimitar Berbatov dan Darren Fletcher.

Malangnya, kedudukan selesa United tidak mampu bertahan lama untuk memastikan mereka layak ke peringkat kedua apabila Benfica berjaya menyamakan kedudukan.

Penjaga gol, David de Gea dari Sepanyol melakukan kesilapan apabila menghantar bola tepat ke kaki Bruno Cesar, di luar kawasan.

Pemain sayap Benfica itu lantas membuat hantaran lintang melepasi Rio Ferdinand yang kemudian disambut dengan rembatan kencang perancang Argentina, Pablo Aimar dari jarak dekat. - AFP

No comments:

Post a Comment