Wednesday 23 November 2011

Peluang tinggal 30 peratus (24.11.2011)

NAPLES: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini meletakkan peluang pasukannya hanya 30 peratus sahaja untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas tewas 2-1 di Napoli.
Edinson Cavani meledak gol pertama buat tuan rumah dan Mario Balotell berjaya menyamakan kedudukan buat City. Peluang untuk pendahulu EPL itu layak kini semakin tipis.

City perlu menewaskan Bayern Munich yang awal lagi sudah melayakkan diri selepas mengungguli saingan peringkat kumpulan. Tetapi jika Napoli memenangi perlawanan ke atas Villareal, mereka sah menempah tiket ke Kumpulan 16.
“Saya rasakan peluang Napoli untuk layak adalah 70 peratus dan City 30 peratus.

“Bagaimanapun, nasib kami terletak pada pihak lain, itu masalahnya. Sasaran kami adalah untuk layak tetapi kini semua berlaku sebaliknya. “Sekiranya, Villareal bermain dengan baik maka tiada masalah buat pasukan untuk melepasi pusingan kalah mati itu. Penting buat pasukan untuk menang ke atas Bayern tetapi nasib pasukan tidak tamat begitu saja sekiranya gagal,” kata Mancini.

Meskipun rembatan penyerang Napoli, Marek Hamsik terkena palang dan peluang disia-siakan oleh Ezequiel Lavezzi dan Christian Maggio, Mancini masih merasakan pasukannya menguasai perlawanan.
“Saya kecewa kerana berasakan pasukan tidak layak kalah, kami bermain dengan hebat tetapi gagal menepis doa gol yang seharusnya mampu dielakkan,” kata Mancini.

City yang memenangi 11 perlawanan dan mencatat satu seri dalam 12 perlawanan Liga Perdana bagaimanapun berdepan tempoh sukar dalam saingan Eropah apabila tewas di tangan Bayern dan Napoli. - AFP

No comments:

Post a Comment