Sunday, 20 November 2011

Harimau naik Barracuda (21/11/2011)

SKUAD negara berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada final hari ini, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.

“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok (hari ini), persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya.
Mengulas mengenai final bermula jam 8 malam ini, Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.

“Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi terbaik dan mencipta kemenangan esok.

“Esok (hari ini) kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih terbaik di Asia Tenggara,” katanya.
Hamidin berkata Indonesia pasti lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan di arena sendiri.

No comments:

Post a Comment