Saturday 9 April 2011

Geran FAM diterimai Pahang


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan sudah menerima geran tahunan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin.
Naib Presiden 1 PBNP, Datuk Dr. Omar Othman berkata, geran tahunan tersebut diterima pihaknya pada petang kelmarin selepas FAM membuat pengagihan.
"Geran yang diterima ini dapat membantu perbelanjaan pasukan Pahang dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
"Pihak PBNP menjunjung kasih kepa- da Tuanku Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah kerana menyelesaikan perkara ini demi kemajuan sukan bola sepak negara," kata Omar.
Omar bagaimanapun enggan memberitahu nilai geran tahunan FAM yang di- terima PBNP.
Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenya- taan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berhubung agihan geran tahunan tersebut yang sedang dilaksanakan secara berperingkat.
Isu kelewatan agihan tersebut timbul apabila Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam sebuah akhbar pada Khamis lalu.
Dalam perkembangan lain, Omar menambah, Stadium Darul Makmur di Kuantan juga tidak dapat digunakan ber- mula Mei depan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

No comments:

Post a Comment