Friday 22 April 2011

Yakin kembali ke podium (2011/04/23)

LONDON: Impian Michael Schumacher (gambar) untuk mencabar kejuaraan dunia kian meningkat di China hujung minggu lalu tetapi juara tujuh kali Formula Satu (F1) itu perlu berterima kasih kepada kelajuan dan skil rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg. 

Schumacher, 42, gagal menonjolkan diri dan mengatasi rakan senegaranya dari Jerman, Rosberg sejak kembali ke F1 tahun lalu selepas bersara tiga tahun.


Tetapi dia sudah bersedia mengasak bagi penamat podium yang terlepas sejak sekian lama.
Dia juga mungkin memiliki peluang untuk mengejar kemenangan ke-92 dalam kariernya lewat tahun ini. 

Menurut Rosberg, yang mengetuai perlumbaan di Shanghai Ahad lalu sebelum masalah kehabisan minyak menyebabkan dipintas rakan lama yang seterusnya muncul juara, Lewis Hamilton, Mercedes sudah menemui kunci kepada prestasi jentera untuk lebih laju. 

Jika pasukannya tidak silap mengagak jumlah penggunaan bahan bakar jentera Rosberg, anak bekas juara, Keke Rosberg itu pasti menuju kemenangan pertamanya. 

Rosberg berkata: “Perlumbaan itu adalah yang menarik pernah saya sertai. Selepas itu, saya mengambil masa menyelami apa yang berlaku kerana saya berpeluang menduduki podium - dan saya mendahului bagi tempoh hampir suku perlumbaan.” – AFP

No comments:

Post a Comment