Thursday 21 April 2011

Ferguson mempertahankan Javier (2011/04/22)

LONDON: Alex Ferguson mempertahankan Javier Hernandez selepas pengurus Newcastle United, Alan Pardew menuduh penyerang Manchester United itu sengaja menjatuhkan badannya untuk mendapat sepakan penalti.
Pengurus United itu melabel keputusan pengadil, Lee Probert menghukum pemain Mexico itu dengan melayangkan kad kuning sebagai satu penghinaan.

Ferguson yang melengkapkan hukuman penggantungan lima perlawanan ketika bertemu Newcastle kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson, menyaksikan anak buahnya gagal menyempurnakan deretan peluang untuk melebarkan jarak kepada sembilan mata bagi mendahului tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas sekadar seri tanpa jaringan di St James Park.
Keputusaan Probert menafikan rayuan United untuk mendapatkan sepakan penalti serta menghukum Hernandez kerana sengaja merebahkan badannya akibat dibentes Danny Simpson pada masa kecederaan disambut baik oleh Pardew.

Namun, Ferguson menegaskan, keputusan tidak memberikan penalti kepada United menjejaskan imej serta reputasi pegawai Gloucestershire.

“Jelas sekali ia penalti. Sangat memalukan kerana Probert menyalahkan Hernandez. Dia bukan seorang pemain yang gemar berlakon di atas padang,” katanya.
“Pengadil melalui detik ‘menarik’. Saya jangka dia mampu mengawal permainan tetapi akhirnya meletakkan reputasinya pada aras paling bawah kerana menghukum Hernandez.

“Tidak apa jika enggan memberikan penalti tetapi apabila menyalahkan Hernandez, ia tindakan memalukan. Saya lihat insiden itu, jelas sekali ada sentuhan.” Pardew mempertahankan keputusan Probert namun pada masa sama mendakwa pengawai gagal memberikan penalti kepada Newcastle selepas Anderson melakukan kekasaran ke atas Peter Lovenkrands pada minit ke-58.

“Simpson mengeluarkan kaki tetapi tidak terkena Hernandez sebaliknya dia sengaja menjatuhkan dirinya. Dia cuba mendapatkan penalti.

“Saya berterima kasih kepada pengadil kerana mengambil keputusan berani.

“Begitupun, saya sedikit kecewa kerana kami layak memperoleh keputusan lebih baik selepas melihat aksi meyakinkan pemain.

“Peluang paling jelas adalah menerusi Lovenkrands yang sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti. “Bagaimanapun pengadil tidak memberikannya. Ia dua cerita sepakan penalti berbeza. Satu untuk kami dan satu lagi memang tidak layak diberikan kepada United.” - Agensi

No comments:

Post a Comment