Friday 22 April 2011

Jadual padat (2011/04/23)

“KAMI keletihan!” Begitulah pengakuan kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha mengenai persembahan dirinya serta beberapa rakan sepasukan yang merudum dalam Liga Super 2011 sejak kebelakangan ini gara-gara terpaksa mengharungi jadual ketat sepanjang bulan April ini.
Pengakuan jujur Shahrulnizam itu dibuat ketika mengulas persembahan pasukan Seladang sejak kebelakangan ini khusus untuk pertemuan dengan Terengganu pada perlawanan pertama pusingan kedua di Kuala Terengganu, malam ini.

Malah bekas pemain kebangsaan itu yakin masalah sama turut menghantui semua pasukan berdasarkan persembahan turun naik dalam saingan liga setakat ini.
Menurut pemain itu terpaksa beraksi sembilan perlawanan menyaksikan pemain turun padang setiap setiap tiga atau empat hari menjejaskan kesegaran pemain sekaligus menyebabkan hilang kualiti.

“Jika kita lihat betul-betul, aksi pasukan dalam Liga Super ketika ini kurang kualiti kerana kebanyakan pemain beraksi di bawah kemampuan sebenar. “Bagaimanapun oleh kerana jadual memerlukan pasukan beraksi maka pemain terpaksa beraksi,” katanya yang berpeluang berehat kerana menjalani penggantungan automatik satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning, setakat ini.

Tanpa bertujuan mengkritik sesiapa, kapten Perak itu berkata masalah jadual padat itu berulang lagi untuk bulan Mei dengan semua pasukan terpaksa bermain sebanyak 10 perlawanan.


No comments:

Post a Comment