Thursday 21 April 2011

Juara baru (2011/04/22)

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra muncul juara baru Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi 2011 selepas membelasah SMK Ayer Hangat 6-0 di Langkawi, baru-baru ini.
Bermain di depan lebih 1,000 penonton di Stadium Langkawi, pasukan itu mara ke final selepas mengalahkan pencabarnya, Sekolah Menengah Teknik Langkawi 2-1 di peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Melaka muncul juara Bawah 12 selepas menewaskan SK Seri Negeri 4-3 di final. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga wisel penamat separuh masa kedua dibunyikan yang menyaksikan perlawanan berlanjutan dalam masa tambahan dan akhirnya memihak kepada SK Ulu Melaka.
Di separuh akhir, sekolah itu menewaskan SK Kelibang 5-2.

No comments:

Post a Comment