Wednesday 27 April 2011

Ditahan polis (2011/04/27)

NEW DELHI: Polis India menahan bekas ketua penganjur Sukan Komanwel New Delhi kelmarin dalam usaha pihak berkuasa membanteras rasuah yang memalukan kerajaan menjelang pilihan raya umum. 

Suresh Kalmadi yang juga pegawai kehakiman bagi Parti Kongres yang memerintah, dipecat November lalu selepas penganjur dituduh memanipulasi kontrak dan menaikkan kos menjelang temasya yang sepatutnya mempamer India sebagai kuasa dunia baru tetapi dicemari pelbagai masalah.


Beberapa jam selepas penahanannya, Kalmadi dipecat sebagai ahli Parti Kongres, kata jurucakap parti berkenaan.
Dalam kes berasingan, anak perempuan kepada sekutu Perdana Menteri, Manmohan Singh adalah antara yang didakwa menerima rasuah berbilion dolar berkaitan skandal pelesenan komunikasi yang boleh melemahkan gabungan parti dan peluang meraih undi. 

Penahanan Kalmadi adalah lanjutan perkembangan terbaru temasya yang menelan belanja AS$6 bilion (RM18 bilion) pada Oktober tahun lalu yang dicemari peristiwa stadium bocor, penginapan atlit yang kotor dan pelbagai tender pembekalan yang tinggi daripada peralatan sukan hingga kepada kertas tandas. 

Kalmadi juga menerima ejekan ketika majlis pembukaan Sukan Komanwel yang disiarkan ke seluruh dunia. – Reuters

No comments:

Post a Comment