Tuesday 26 April 2011

Teruja berdepan MU (2011/04/26)

BERLIN: Penyerang terhangat Schalke 04, Raul Gonzalez teruja untuk berdepan pemain Manchester United, Ryan Giggs pada pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok, apabila kombinasi usia dua pemain veteran yang mencecah 70 tahun itu berusaha untuk merangkul kejuaraan terunggul Eropah musim ini.


Kelab kurang popular Schalke dari Jerman mengejutkan banyak pihak apabila me-langkah ke saingan empat ter-akhir buat pertama kali dalam sejarah kelab itu selepas me­nyingkirkan penyandang juara, Inter Milan di suku akhir.
Dan kini, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), United menjadi halangan seterusnya untuk menempah tempat ke pentas final di Stadium Wembley 28 Mei depan, yang bakal menjadi penampilan pertama Raul di laman popular Utara London itu. 

Apa yang paling mendapat perhatian daripada pertembu-ngan itu adalah pertemuan di antara dua veteran, Raul, 33, dan Giggs, 37, dengan antara mereka sudah mencipta 176 penampilan Liga Juara-Juara selain meledak 98 gol - 71 milik Raul yang juga rekod kejohanan selain lima kejuaraan. 

Raul memiliki rekod yang amat dicemburui United, pemenang tiga kali kejuaraan Eropah itu, dengan meledak empat kali ketika bersama Real Madrid tetapi dia mengakui amat menghormati bintang veteran United, Giggs dan rakan sepasukannya berusia 36 tahun, Paul Scholes. 

"Giggs dan Scholes adalah pemain yang amat dikagumi ramai," kata Raul. "Persamaan di antara kami ialah kami mencintai kerjaya ini. Bola sepak adalah dunia kami. Mereka adalah pemain profesional hebat yang pandai menjaga diri dan berlatih dengan baik. 
"Buat Giggs, untuk terus kekal bermain pada tahap se-perti ketika berusia 17 tahun, amat mengagumkan. Saya gembira untuk menukar jersi de-nganya selepas perlawanan dan menjadi satu penghormatan besar jika memiliki jersi itu." 

Seperti Giggs, kehebatan Raul juga sukar disangkal apabila penyerang ini beraksi dalam 31 perlawanan bersama Schalke dalam kempen Bundesliga musim ini, selain 44 penampilan dalam semua kejohanan de-ngan meledak 18 gol. - AFP

No comments:

Post a Comment