Thursday 28 April 2011

Pemain tertua menjaringkan gol (2011/04/28)

LONDON: Pada usia 37 tahun 148 hari, Ryan Giggs muncul pemain tertua menjaringkan gol dalam kancah bola sepak Liga Juara-Juara Eropah apabila menyumbang satu gol ketika membantu Manchester United menewaskan Schalke 04 dalam perlawanan separuh akhir pertama, awal pagi semalam.


Hanya senyuman lebar dapat dilihat pada wajah Alex Ferguson yang menjadi segelintir pengurus yang memiliki bekalan pemain cukup untuk dipertaruhkan bagi cabaran di saat genting ini.
“Anda lihat ada petanda kemerosotan dalam permainan Giggs pada usia 37 tahun? Saya rasa tidak,” kata Ferguson yang menghambur pujian ke atas pemain veteran yang menyumbang gol pertama manakala Wayne Rooney menguatkan cengkaman Red Devils ke final dengan gol kedua. 

Schalke 04 jelas tertekan selepas tewas di gelanggang sendiri dan mengharapkan satu keajaiban membantu cabaran mereka dalam perlawanan kedua. 

“Manchester berada pada tahap berbeza berbanding Inter Milan (dalam suku akhir). Kami perlu satu bantuan tuah yang lebih besar untuk mara,” kata jurulatih kelab Jerman, Ralf Rangnick. - Agensi

No comments:

Post a Comment