Friday 22 April 2011

Jurulatih baru Kedah (2011/04/23)

SELEPAS sekian lama ia berunsur teka-teki, Wan Jamak Wan Hassan akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah bersetuju secara lisan untuk membimbing skuad Kedah selaku ketua jurulatih baru menggantikan Ahmad Yusof. 

“Secara lisan saya sudah bersetuju untuk jawatan itu, Namun, saya perlu bincang lebih lanjut dengan pengurusan KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah), terutama membabitkan kontrak dan sudah bercadang menemui pihak pengurusan, esok (hari ini) atau lusa.


“Saya perlu melihat dulu kandungan kontrak sebelum membuat tanda tangan. Jika tiada masalah, saya akan memulakan tugas mengikut apa ditetapkan KFA atau awal minggu depan,” katanya pengendali berusia 54 tahun itu di Seremban, semalam.
Wan Jamak yang mengendalikan skuad Negeri Sembilan bermula musim 2009 mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya membawa skuad Hoben Jang Hoben menjulang Piala Malaysia musim berkenaan selepas menanti lebih 61 tahun. 

Tahun lalu Negeri Sembilan terus berjaya mengekalkan reputasinya apabila muncul juara Piala FA serta layak ke final Piala Malaysia bertemu Kelantan yang muncul juara.



No comments:

Post a Comment