Saturday 9 April 2011

SportsUnite mementingkan Perpaduan

PENUBUHAN SportsUnite sejak tujuh tahun lalu telah berjaya mencapai objektifnya untuk memupuk semangat perpaduan menerusi aktiviti sukan.
Pada 24 April ini, maka genap tujuh tahun penubuhan kelab tersebut yang mempunyai wawasan mempromosikan perpaduan menerusi sukan membabitkan penyertaan kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum dalam semua acara serta aktiviti yang dijalankan.
Malah wawasan ini akan terus menjadi pegangan SportsUnite sejajar dengan namanya yang menjunjung semangat perpaduan menerusi sukan.
Bagi SportsUnite, yang diasaskan pada April 2004 oleh Tan Sri Noordin Hassan dan Datuk Dina Rizal, bekas Pengurus Pemasaran Sukan Milo, falsafah perpaduan adalah konsep yang murni dan amat disanjung.
Sejak beberapa tahun lalu, dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Sekolah Sukan Bukit Jalil, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasio- nal, Milo, Figos, Revive, Fusion Excel International, Bata and banyak lagi, SportsUnite mampu meneruskan agenda perpaduan dengan menganjurkan karnival sukan yang menjangkaui semua kaum.
Peraturan utama yang sering digariskan oleh SportsUnite bagi setiap pasukan mestilah menurunkan sekurang-kurangnya dua kaum dalam setiap acara dan ia telah menjadi asas kepada setiap penganjuran yang meletakkannya pada landasan yang positif untuk mencapai matlamat perpaduan.
Lebih 100 acara sudah dianjur- kan oleh SportsUnite sejak 2004.
Respons dan sambutan yang diberikan oleh ibu bapa dan kanak- kanak serta remaja dalam setiap acara yang mereka anjurkan sangat menggalakkan.
Ramai dalam kalangan ibu bapa terus memberi semangat kepada SportsUnite supaya meneruskan program-program seumpama itu.
Antara acara yang dianjurkan sejak 2004 termasuk futsal, bola jaring, tenpin boling, kabaddi, taekwondo, badminton, tenis, ping pong, bola baling, boling padang, hoki dan lain-lain.
SportsUnite juga tidak mengetepikan golongan kurang upaya (OKU) dengan penganjuran pelba- gai acara seperti tenpin boling dan boling padang..
SportsUnite terus bersemangat meneruskan agenda perpaduan dengan respons yang diberikan oleh semua pihak. Setiap karnival yang dijalankan, penyertaan sentiasa mencapai tahap maksimum.
Ini membuktikan mesej mempromosikan perpaduan menerusi sukan mendapat sambutan yang positif.
Tidak dapat disangkal bahawa ini adalah antara cara yang paling berkesan untuk mempromosikan semangat tulen 1Malaysia yang mampu dicapai menerusi sukan.
SportsUnite meraikan ulang tahun ketujuh pada 24 April ini dengan penyertaan kira-kira 1,200 kanak-kanak, remaja dan dewasa dalam enam acara sukan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara dan Dewan Olimpik Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Enam acara sukan yang akan di- pertandingkan ialah Bola Sepak 7 Sepasukan lelaki bawah 14 tahun, Bola Jaring Terbuka, Bola Keranjang 3 lawan 3 lelaki bawah 16 dan 18 tahun, Kabaddi lelaki bawah 16 tahun, Bola Tampar campuran lelaki/perempuan bawah 18 tahun dan Hoki Dalam Dewan lelaki bawah 14 tahun.
Semua pasukan yang berminat hendaklah menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kaum.
Peraturan SportsUnite ini sudah diketahui dalam kalangan pencinta sukan dan mereka sudah mula menerimanya tanpa sebarang bantahan atau keraguan.
Malah ramai di kalangan mereka mengalu-alukan cara yang di- amalkan oleh SportsUnite.
SportsUnite menjangkakan penyertaan yang maksimum dalam semua acara yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ketujuhnya tahun ini.
Penyertaan adalah percuma dan semua peserta akan menerima cenderahati, baju-T hari ulang tahun ketujuh SportsUnite yang disumbangkan oleh Milo.
Makan tengah hari disediakan untuk semua peserta dan mereka juga akan menerima sijil penyertaan.
Mereka yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
Bola jaring (Norliah - 012-9125611), bola keranjang (Wong Wing Wai - 012-3585911), bola sepak 7 sepasukan (Nik Muhd. Radzi-019-3519934/ 019-2102442), kabaddi (Akilen - 012-6308258), hoki dalam dewan (V. Rajamanickam - 012- 2686944), bola tampar (Ricky - 012-2207887).
Borang penyertaan boleh didapati menerusi www.syoknyasukan. com dan www.sportsunite.com.my.
Semua enam acara sukan itu akan dikendalikan oleh pegawai teknikal dan pengadil yang berke- layakan.
Institut Sukan Negara akan menyediakan perkhidmatan perubatan dan kecemasan.

No comments:

Post a Comment