Friday 22 April 2011

Sukar disekat (2011/04/23)

Bertemu Monfils di suku akhir tenis Terbuka Barcelona 

BARCELONA: Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal mudah mara ke suku akhir Terbuka Barcelona dengan kemenangan 6-3 6-1 ke atas pemain bukan pilihan dari Colombia, Santiago Giraldo kelmarin untuk menjelmakan pertemuan suku akhir menentang Gael Monfils.


Pilihan pertama Sepanyol itu yang menang gelaran ketujuh berturut-turut mahkota Masters Monte Carlo di atas gelanggang tanah liat kegemarannya, disertai rakan senegara, David Ferrer, Nicolas Almagro, Juan Carlos Ferrero dan Feliciano Lopez.
Almagro, pilihan kelapan memastikan dia akan menembusi kelompok 10 teratas apabila ranking dunia diumumkan Isnin ini, selepas menang 7-6 6-3 ke atas bekas pemain nombor tiga dunia, Nikolay Davydenko. 

Pilihan keempat, Ferrer yang tewas kepada Nadal pada final Monte Carlo, mara mudah menerusi kejayaan 6-3 6-2 ke atas Victor Hanescu dari Romania manakala bekas pemain nombor satu dunia, Ferrero mengenepikan pemain kelayakan Itali, Simone Vagnozzi 7-6 4-6 6-4 dan Lopez menundukkan Kei Nishikori dari Jepun 6-4 7-6. 

Ferrer akan bertemu pemain Austria, Juergen Melzer, pilihan keenam, yang terpaksa bangkit daripada kekalahan satu set untuk mengatasi Albert Montanes, juga warga Sepanyol, 6-7 6-3 6-2. 

Di bawah tiupan angin kencang di ibu negara Catalan itu, Nadal memanjangkan rekod sejak 2005 kepada 183 kemenangan dan hanya enam kekalahan dalam usahanya memburu gelaran keenam di Barcelona dalam tempoh tujuh tahun. 
“Menewaskan Giraldo 6-3 6-1 adalah berita baik kerana dia boleh meledakkan pukulan kemenangan dari mana-mana,” kata juara Wimbledon, Perancis dan Amerika itu. – Reuters

No comments:

Post a Comment