Wednesday 27 April 2011

Sasar kekal rekod tanpa kalah (2011/04/27)

PENDAHULU Liga Perdana, Selangor PKNS berharap semangat sepasukan yang dijelmakan dalam perlawanan sebelum ini dapat dipertingkatkan bagi memastikan rekod tanpa kalah musim ini dapat terus dikekalkan. 

Ketua pasukan, Mohd Fadhil Mohd Hashim berkata faktor semangat sepasukan akan memberi impak besar terutama dalam mengatur dan melaksanakan strategi kemenangan yang seterusnya menyumbang mata buat pasukan.


“Kerjasama sepasukan amat penting dan hasil kerjasama daripada bawah hingga ke atas setakat ini membuahkan hasil baik untuk PKNS.
“Apa yang perlu adalah rakan-rakan lain mempertahan dan meningkatkan lagi permainan sepasukan dan seterusnya memberi tumpuan sepenuhnya dengan jadual perlawanan yang bakal menyusul. Alhamdulillah, setakat ini PKNS dapat mengekalkan kesefahaman yang ada,” katanya yang bermain di posisi pertahanan, semalam. 

Selangor PKNS sebelum ini mencatat dua seri berturut-turut mula menunjukkan belang apabila membenam Pos Malaysia 7-0, Isnin minggu lalu dan seterusnya mencatat kemenangan berganda apabila mengatasi MP Muar 4-0 sebelum menghasilkan kemenangan ke atas Sime Darby, 1-0, kelmarin. 

Pasukan di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim yang mengumpul 33 mata sepanjang 13 perlawanan itu tampak sukar digugat dan kini berada tujuh mata di hadapan pesaing terdekat, Sarawak. PKNS dijadualkan bertemu SDM Navy, Jumaat ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment