Friday 22 April 2011

Shaaban gah (2011/04/23)

Cengkam Masters Indonesia 

PEMAIN negara, Shaaban Hussin (gambar) membuat kejutan besar apabila muncul pendahulu bersama pusingan kedua Kejohanan Golf Masters Indonesia, semalam yang menyaksikan permainan nombor dua dunia, Lee Westwood terpaksa dihentikan kerana gangguan cuaca buruk.


Shaaban, 30, merakamkan 67 pukulan untuk berkongsi kedudukan bersama pemain Korea Selatan, Park Hyun-bin yang melakukan 68 bagi jumlah sembilan bawah par 135 dalam kejohanan Jelajah Asia itu di Kelab Golf Diraja Jakarta.
“Saya mahu menebus kehampaan minggu ini dan juga menyambut kelahiran anak saya dengan menjuarai kejohanan di sini.

“Saya harus mengekalkan rentak seperti dilakukan hari ini (semalam). Segalanya serba menjadi buat saya dan saya gembira dengan pencapaian ketika ini,” kata bekas pemain nombor satu amatur negara itu.

Westwood berada pada kedudukan sembilan bawah par di kejohanan bernilai AS$750,000 (RM2.4 juta) dan akan kembali menyambung baki dua lubang, awal pagi ini.

Thitiphun Chuayprakong dari Thailand membuat 68 dan berada pada tangga ketiga dengan jumlah 134 manakala rakan senegara, Pariya Junhasavasdikul satu pukulan di belakang dengan 65.
Pusingan kedua dihentikan gara-gara ancaman petir pada jam 4.25 petang waktu tempatan dan akan disambung jam 6.30 pagi ini. Sejumlah 47 pemain masih belum melengkapkan permainan masing-masing.

KEPUTUSAN
Pusingan ke-2
135 - Shaaban Hussin (MAS) 68-67, Park Hyun-Bin (KOR) 67-68
136 - Thitiphun Chuayprakong (THA) 68-68
137 - Pariya Junhasavasdikul (THA) 72-65, Kiradech Aphibarnrat (THA) 69-68, Simon Griffiths (ENG) 69-68
138 - Lin Wen-tang (TPE) 71-67, Prom Meesawat (THA) 70-68
140 - Miles Tunnicliff (ENG) 72-68, Marcus Both (AUS) 70-70, Scott Barr (AUS) 73-67
141 - Jason Knutzon (USA) 70-71
142 - Adam Groom (AUS) 75-67, Tim Stewart (AUS) 70-72, Mardan Mamat (SIN) 72-70, Atthaphon Prathummanee (THA) 73-69, Rory Hie (INA) 68-74

No comments:

Post a Comment