Tuesday 26 April 2011

Lebih selesa (2011/04/26)

LONDON: Selepas dijulang pelbagai pihak sebagai pa­sukan terbaik dunia, Barcelona melangkah ke timbal balik pertama separuh akhir Liga Juara-Juara menentang musuh tradisi Sepanyol, Real Madrid dengan mendakwa mereka sebagai pasukan bukan pilihan. 

Madrid menewaskan Barcelona 1-0 pada final Piala Raja Sepanyol Rabu lalu dan menjaringkan gol lewat permainan untuk meraih keputusan seri 1-1 ketika dua pasukan itu bertemu dalam liga pada penghujung minggu.


Jurulatih Madrid, Jose Mourinho kelihatan memiliki kelebihan taktikal ke atas rakan sejawatan Pep Guardiola, dan mengemudi Inter Milan ketika pasukan Itali itu merakam kemenangan timbal balik ke atas Barca pada separuh akhir kejohanan itu musim lalu.
"Tidak ramai yakin dengan kami, tetapi kami akan berusaha bersungguh-sungguh," kata Guardiola, yang me-mimpin pasukannya lapan mata di depan Madrid dalam Liga Sepanyol. 

"Kini jelas Madrid lebih hebat daripada kami." 

Pertemuan antara dua gergasi Sepanyol di Santiago Bernabeu awal pagi Khamis ini adalah yang ketiga dalam tempoh 12 hari, dan "clasico" timbal balik kedua pada 3 Mei. 

Barcelona, juara tiga kali Liga Juara-Juara seperti United, menjadi pasukan pilihan bagi kebanyakan pemerhati untuk muncul juara berdasarkan prestasi hebat pasukan itu dan kekuatan serangan tetapi persoalan timbul mengenai daya tahan mereka. 
Sifat pesimistik Guardiola juga mungkin berpunca daripada masalah kecederaan yang menyentak pasukannya, terutama di benteng pertahanan. 

"Jika kami memburu keputusan yang boleh diterima di Bernabeu, mereka akan membenam kami," kata Guardiola. 

"Kami akan berusaha ntuk menjaringkan gol. Kami kehilangan dua bek kiri dan kecergasan seorang lagi juga diragui."

Adriano dan Eric Abidal tidak dapat diturunkan manakala Maxwell turut cedera. - AP

No comments:

Post a Comment