Thursday 21 April 2011

Pembaca dihargai (2011/04/22)

CABUTAN bertuah sempena Karnival Futsal Harian Metro 2011 yang dibawa oleh Ambank akan diteruskan di saingan Zon Selatan di Millennium Sports Centre, Skudai, pada 7 dan 8 Mei ini.
Langkah ini diambil penganjur yang juga akhbar, Harian Metro sebagai nilai tambah buat pembaca setia yang sentiasa menyokong akhbar ini sehingga kekal di tempat teratas, selaku media cetak nombor satu Malaysia.

Pembaca setia bakal membawa pulang sebuah motosikal dan hadiah menarik antaranya, iPad, notebook, PS3 dan televisyen LCD 32 inci di hari terakhir kejohanan.
Bagaimanapun, untuk membawa pulang hadiah bernilai itu, pembaca perlu mengumpul keratan ‘Arena’ di muka belakang akhbar Harian Metro selama empat hari sebelum kejohanan final berlangsung. Pembaca perlu mengumpul keratan Arena lengkap bermula Khamis (5 Mei) sehingga Ahad (8 Mei) untuk merebut pelbagai hadiah bernilai disediakan penganjur. Peserta Kejohanan Futsal dan Sorak Harian Metro turut dipelawa mengambil bahagian merebut hadiah menarik ini, memandangkan ia terbuka kepada semua peserta mahupun pengunjung. Untuk maklumat lanjut mereka yang mempunyai akaun laman sosial Facebook boleh mengetahui perkembangan terkini Karnival Futsal Harian Metro dan Kejohanan Sorak Harian Metro dengan menaip ‘Futsal HMetro’ dan ‘Sorak HMetro’ di enjin carian Facebook manakala ‘FutsalHMetro’ dan ‘SorakHMetro’ di Twitter. Lapan pasukan setiap kategori - Lelaki, Wanita Terbuka dan Lelaki Bawah 17 - daripada setiap zon akan layak beraksi di Grand Final. Karnival Futsal Harian Metro mengenakan RM250 bagi setiap pasukan untuk kategori Terbuka Lelaki, RM200 (Terbuka Wanita) dan RM100 (Lelaki Bawah 17), manakala RM80 (Kejohanan Sorak Harian Metro). Sementara itu, penganjur ingin mengingatkan sekali lagi kepada pasukan futsal dan sorak yang menyertai Zon Selatan, diminta menghantar borang penyertaan dengan kadar segera ke pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd di Kuala Lumpur sebelum tarikh tutup, 29 April ini.

Hanya borang asal disiar di akhbar Harian Metro diterima dan andai ada pasukan menggunakan borang salinan fotostat, penyertaan akan terbatal serta-merta.

No comments:

Post a Comment