Friday 22 April 2011

Buat Pahang derita (2011/04/23)

PAHANG terus ditimpa malang apabila penyerang berbisa mereka, R Surendran yang baru kembali beraksi ketika seri 1-1 dengan Negeri Sembilan Selasa lalu, terpaksa direhatkan semula selepas dilanda kecederaan terbaru. 

Kecederaan bekas pemain Selangor itu meletakkan Pahang pada situasi genting ketika jurulatih, Dollah Salleh menghadapi masalah di posisi serangan sepanjang empat perlawanan lalu.


Dollah berkata, kecederaan terbaru Surendran kali ini agak serius dan harapan untuk menyenaraikan pemain itu ke dalam kesebelasan utama untuk berdepan Negeri Sembilan pada perlawanan pertama pusingan kedua, malam esok adalah tipis.
“Saya kecewa kerana dia baru saja pulih daripada kecederaan dan diturunkan pada babak kedua perlawanan Selasa lalu. Ketika pasukan mengharapkan sumbangannya dia pula cedera,” katanya. 

Selepas 13 perlawanan pusingan pertama Liga Super, Pahang menduduki tangga ke-10 meraih 13 mata.

No comments:

Post a Comment