Wednesday 27 April 2011

Yakin benam Nadal (2011/04/27)

ESTORIL, Portugal: Finalis dua kali Terbuka Perancis, Robin Soderling menegaskan dia masih yakin mampu menewaskan Rafael Nadal sekali lagi di atas gelanggang tanah liat kegemaran bintang Sepanyol itu.


“Dia pemain hebat, terutama di atas tanah liat,” kata bekas pemain nombor lima dari Sweden itu ketika mempersiapkan diri bagi permulaan pusingan kedua kejohanan tanah liat Estoril.
“Tetapi anda perlu turun ke gelanggang dan berfikir yang anda ada peluang. Jikalau tidak, apa gunanya? Nadal adalah terbaik di tanah liat tetapi dia boleh ditewaskan. Anda perlu bermain tenis terbaik dan mengharapkan tuah.” 

Soderling diingati kerana menewaskan Nadal pada pusingan keempat Terbuka Perancis 2009, membuka laluan penampilan final menentang Roger Federer yang dimenangi pemain Switzerland itu. 

Sejak penampilan itu, Soderling kerap berada dalam kelompok lima teratas dan mara ke final Terbuka Perancis tahun lalu yang menyaksikannya tewas kepada Nadal. 

Soderling akan bermain minggu ini selepas terlepas kejohanan di Monte Carlo kerana mahu berehat dan pulih daripada kecederaan tendon Achilles dan lutut. – AFP

No comments:

Post a Comment