Friday 22 April 2011

Wozniacki mengatasi kejutan (2011/04/23)

STUTTGART: Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki mengatasi kejutan awal sebelum menang 10 permainan berturut-turut ketika membenam pemain Jerman, Andrea Petkovic 6-4 6-1 kelmarin bagi menempah tempat ke suku akhir WTA Grand Prix Stuttgart. 

Wozniacki, juara tiga kejohanan tahun ini, akan berdepan pemain Poland, Agnieszka Radwanska yang menewaskan pemain Jerman, Kristina Barrois 7-5 6-3 di kejohanan gelanggang tanah liat itu.


Pemain Australia, Samantha Stosur juga menempah tiket selepas menang 2-6 6-3 7-6 ke atas pemain nombor tiga dunia, Vera Zvonareva, yang memutuskan tali raket sembilan kali hingga terpaksa menggunakan raket jurulatihnya buat sementara.
Pemain ke-19 dunia Petkovic, yang membandingkan dirinya seperti enjin disel kerana permulaan perlahannya dalam pusingan terdahulu, bermula garang dan dua kali mematahkan servis Wozniacki untuk mendahului 4-1. 

Namun Wozniacki mengekang asakan itu, menyelamatkan empat mata untuk mengelakkan ketinggalan 5-1 sebelum pemain Denmark yang mensasarkan Terbuka Perancis bulan depan sebagai gelaran grand slam sulung, beraksi lebih agresif ke depan jaring dan mencuri set tatkala Petkovic kian tertekan. - Reuters

No comments:

Post a Comment