Tuesday 26 April 2011

memikirkan kelibat Raul (2011/04/26)

GELSENKIRCHEN (Jerman): Tidak diragui betapa Manchester United gelisah memikirkan kelibat Raul yang boleh menghancurkan impian mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.


Ikon itu yang menjadi tonggak inspirasi Schalke 04 jelas akan menjadi pertaruhan tuan rumah dalam perlawanan separuh akhir pertama dan Alex Ferguson masih ingat apa dilakukan bekas penyerang Sepanyol itu pada 2000.
Pada tahun berkenaan Raul yang mewakili Real menyumbat dua gol di Old Trafford untuk menyingkirkan kelab Inggeris dan lawan berkenaan mengerti kualiti miliknya. 

“Pasukan Jerman sentiasa memiliki sikap kesungguhan tinggi dan faktor ini akan kekal sama dalam perlawanan nanti. Raul ketika ini menjadi nadi Schalke dan dia amat bahaya kerana boleh menjadi penentu kemenangan mereka,” kata Ferguson. 

United akan bertandang tanpa penjaring terbanyak, Dimitar Berbatov yang tercedera dan tugasan selaku penggempur tampak akan dipikul penyerang Mexico, Javier Hernandez bergandingan dengan Wayne Rooney. - Agensi

No comments:

Post a Comment