Wednesday 27 April 2011

Bertemu sesama sendiri (2011/04/27)

MADRID: Dua kelab terkaya dunia - Real Madrid dan Barcelona sudah bertembung sesama mereka dua kali dalam tempoh lima hari iaitu dalam saingan La Liga danfinal Piala Raja Sepanyol.


Hari ini, dua kelab elit Sepanyol itu bertembung lagi dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan misi menggapai impian memburu tiket ke final di Stadium Wembley, bulan depan.
Andai ada tarikan, ia pasti terarah kepada kelibat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di Stadium Santiago Bernabeu ketika dilabel antara penyerang tersohor ketika ini dan boleh menjadi penentu ketika bintang seperti ini lazimnya memilih detik tepat buat mencipta gemilang. 

Barca menguatkan impian memburu gelaran la Liga selepas seri 1-1 dengan Real di San Bernabeu pada 16 April tetapi Real menang 1-0 dalam final piala pada 20 April lalu. 

Siapa akan melonjak ceria, hari ini? Walaupun Real memenangi pertemuan terakhir ke atas musuh tradisi mereka dari Catalan itu namun dari segi rekod anak didik Pep Guardiola berada di hadapan sejak beberapa musim lalu mengatasi barisan pimpinan Jose Mourinho. - Agensi

No comments:

Post a Comment