Friday 22 April 2011

Dilanjutkan tarikh tutup (2011/04/23)

PENGANJUR Karnival Futsal Harian Metro meminta semua pasukan yang berminat menyertai saingan Zon Selatan berlangsung di Millennium Sports Center, Skudai agar segera menghantar borang penyertaan dan menegaskan tarikh tutup tidak akan dilanjutkan.
Ini bermakna, borang penyertaan setiap pasukan perlu sampai ke meja penganjur sebelum 29 April ini dan borang yang sampai selepas tarikh itu tidak akan diterima.

Bagi pasukan yang ingin menukar atau menambah pemain perlu memaklumkan kepada penganjur sebelum tarikh tutup kerana selepas tarikh itu tidak lagi sebarang penukaran atau penambahan pemain dibenarkan.
Peringatan ini ditujukan kepada semua pasukan memandangkan penganjur menerima pelbagai alasan tidak munasabah pada saat akhir bagi melepaskan rayuan pasukan untuk menukar pemain. Langkah ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada hari kejohanan dan melicinkan perjalanan pertandingan. Antara alasan utama sering dikemukakan untuk menukar pemain membabitkan kemalangan, anggota keluarga meninggal, sakit dan pemain tidak dapat cuti. Sementara itu, setiap pasukan diingatkan agar mematuhi dan mengikuti segala syarat sebelum menghantar borang dan wang penyertaan perlulah menerusi Kiriman Wang Pos dan Draf Bank saja. Hanya borang asal yang tersiar di akhbar Harian Metro saja diterima dan borang fotostat tidak akan dilayan.

Selain Zon Tengah 1 yang berlangsung di Ferro Futsal Subang Jaya, pada 26 hingga 27 Februari dan Zon Utara di Safira Sports Planet, 2 hingga 3 April lalu, kini karnival bergerak ke Zon Selatan sebelum ke Zon Timur dan berakhir di Zon Tengah 2 dengan hadiah bernilai RM34,500 ditawarkan di setiap peringkat zon. Karnival Futsal Harian Metro masih mengenakan bayaran sama buat setiap pasukan, iaitu RM250 untuk kategori Terbuka Lelaki, RM200 (Terbuka Wanita) dan RM100 (Lelaki Bawah 17).



No comments:

Post a Comment