Wednesday 27 April 2011

Mampu julang City (2011/04/27)

BLACKBURN: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini bersetuju dengan pendapat Edin Dzeko bakal menjadi penjaring tetap selepas penyerang berharga 27 juta pound (RM120 juta) itu menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.


Gol Dzeko pada babak kedua perlawanan memberikan City kemenangan 1-0 ke atas Blackburn kelmarin dan mendahului empat mata di depan Tottenham dalam perebutan tempat keempat dan slot kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara.
“Ini akan meningkatkan keyakinan dirinya,” kata Macini kepada pemain yang gagal mencipta jaringan sejak perpindahan dari kelab Jerman, Wolfsburg, Januari lalu. 

“Edin adalah penyerang mengagumkan. Dia mempunyai sedikit masalah kerana tidak beraksi dalam banyak perlawanan sebelum ini dan sukar kerana dia masih belum menjaringkan gol. 

“Tetapi dia sememangnya layak untuk menjadi penjaring dan ini amat penting buat pasukan. Ya, saya sudah bercakap dengannya. Bukan mudah untuknya kerana dia tidak pernah beraksi dan belum menghasilkan gol dalam liga. 

“Sebagai penyerang, sukar apabila dia tidak dapat menghasilkan jaringan.” 
Dzeko, yang berada di bangku simpanan dan dimasukkan pada babak kedua, gembira dengan jaringan yang memecahkan kebuntuan golnya dalam Liga Perdana. 

“Saya sangat gembira jaringan ini membantu pasukan memenangi perlawanan. Kadangkala sukar. Saya bukannya yang pertama gagal melakukan permulaan yang baik tetapi saya gembira menghasilkan gol dan membantu pasukan.” – AFP

No comments:

Post a Comment