Friday 22 April 2011

Sokong status Wan Jamak (2011/04/23)

Penolong jurulatih Kedah lebih penting kemenangan pasukan bukan individu 

RADHI Mat Din sedia memberi kerjasama 100 peratus kepada Wan Jamak Wan Hassan yang secara tidak rasmi disahkan selaku ketua jurulatih baru skuad Kedah bagi baki cabaran Liga Super.


Menurut penolong jurulatih skuad kenari soal siapa bimbing Hijau Kuning tidak timbul asalkan pasukan negeri dapat menyambung rentak kemenangan pada setiap perlawanan bakal diharungi.
“Selepas dia (Wan Jamak) berjaya memastikan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2009 dan juga Piala FA, musim lalu dan ini sudah cukup membuktikan kemampuannya. 

“Siapa sahaja dipilih KFA pasti akan mendapat kerjasama saya, Ahmad Sobri Ismail dan semua pemain pasukan negeri demi kejayaan pasukan Hijau Kuning. 

“Kami sudah bekerja keras untuk duduk di tangga keempat liga. Cabaran selepas ini tidak mudah. Harimau Muda diwakili pemain terbaik di Malaysia. 

“Kami hanya mampu membolosi gawang mereka sekali sahaja,” kata Radhi yang belum lagi memiliki Lesen A seperti disyaratkan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk membimbing pasukan utama. 
Apapun, sehingga petang semalam, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) belum membuat sebarang pengumuman secara rasmi menyentuh pelantikan bekas jurulatih Negeri Sembilan itu walaupun gambaran sudah jelas ketika pengendali berkenaan dalam keadaan mesra dengan pegawai kanan persatuan ketika hadir menyaksikan perlawanan kedah menentang Harimau Muda di Stadium Shah Alam, Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment