Friday 22 April 2011

Awasi ancaman The Blues (2011/04/23)

LONDON: Alex Ferguson gembira Chelsea bangkit tepat pada detik untuk mengancam pemain Manchester United dalam buruan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Hari ini, The Red Devils akan menentang Everton di Old Trafford dan pengendali berbangsa Scotland mengerti kemenangan harus menguatkan cengkaman mereka dan jika tercicir mata berharga bererti Chelsea akan terus menghantui impian mereka.
“Memang bagus untuk kami sedar ada ancaman baru di belakang kami. Anda harus tahu siapa di belakang anda kerana anda tidak boleh leka,” kata Fergie. 

Chelsea akan berdepan United di Old Trafford pada 8 Mei ini dan dia menuntut anak didiknya lebih berwaspada menangani ancaman daripada The Blues. 

Barisan didik Carlo Ancelotti akan menentang West Ham di gelanggang sendiri, malam ini dan berpandu kepada prestasi semasa kemenangan tampak milik tuan rumah untuk menerbitkan lagi rasa gelisah United. - Agensi 

No comments:

Post a Comment